Apr 21, 2026
PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-14 (Pelancaran Program Kempen Anti Buli & Gangguan Seksual)
???? Tarikh : 20 April 2026
????️ Hari : Isnin
⏰ Masa : 7.30 - 8.45 pagi
???? Tempat : Dataran Perhimpunan SKBB2
???????? Sasaran : Semua guru & murid SKBB2
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-14 dalam suasana penuh ceria dan bermakna.
✨ Tema Sivik : Kegembiraan (Kemesraan)
Tema ini amat bertepatan dengan Pelancaran Program Hentikan Buli & Gangguan Seksual, kerana suasana sekolah yang menggembirakan hanya dapat diwujudkan apabila setiap warga sekolah saling menghormati, menyayangi dan menjaga batas pergaulan. Kemesraan yang sebenar lahir daripada hubungan yang selamat, harmoni dan bebas daripada sebarang bentuk buli serta gangguan.
???? Pengisian Program:
????️ Penyampaian Hadiah & Sijil Pertandingan Nasyid dan Khat
???? Pelancaran Program Hentikan Buli & Gangguan Seksual
Buku program
https://heyzine.com/flip-book/fcd37ff006.html
Melalui program ini, diharapkan murid dapat memahami pentingnya membina sahsiah diri, memupuk rasa empati serta mewujudkan budaya sekolah yang positif dan sejahtera.
Semoga usaha murni ini menjadi pemangkin kepada pembentukan persekitaran sekolah yang lebih ceria, mesra dan selamat untuk semua. ????
Tonton video tiktok dan pelancaran sekolah di bawah
https://vt.tiktok.com/ZS9ex5P9a/
https://vt.tiktok.com/ZS9ex8W5Y/
#SKBB2 #PerhimpunanRasmi #Kegembiraan #Kemesraan #HentikanBuli #SekolahSelamat #BudayaPenyayang
#SeKBAT2U
#SKBB2ULTRAUNGGUL