Hip Program: Writing Back : Pen Pal Project

Hip Program: Writing Back : Pen Pal Project

Apr 15, 2026

HIP Program: Writing Back : Pen Pal Project anjuran bersama Panitia BI SK Sungai Tuang, Melaka dan PPD Alor Gajah, Melaka

???? Tarikh : 7 APRIL 2026 (Selasa)
???? Masa : 12.10 - 1.10 tengah hari
???? Tempat : Makmal Komputer INTEL
???? Sasaran : Murid Tahun 6 Al-Battani

????✨ Program HIP: “Writing Back – Pen Pal Project” ✨????
Pada 7 April 2026, Panitia Bahasa Inggeris SK Sungai Tuang dengan kerjasama PPD Alor Gajah telah menganjurkan Program Highly Immersive Programme (HIP) yang bertajuk “Writing Back – Pen Pal Project”. Program ini telah dijalankan di Makmal Komputer INTEL dan melibatkan murid Tahun 6 Al-Battani.
Dalam program ini, murid-murid telah membaca emel yang diterima daripada sahabat pena mereka daripada SK Canossian Convent, Segamat. Selepas itu, murid-murid membalas emel tersebut dengan menulis respons kepada sahabat pena masing-masing. Aktiviti ini memberi peluang kepada murid untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris secara lebih bermakna dan menyeronokkan.
Program ini memberi banyak manfaat kepada murid, antaranya memberikan pendedahan tentang konsep sahabat pena, meningkatkan kemahiran menulis dalam bahasa Inggeris serta memupuk kemahiran menggunakan peranti digital. Program ini juga berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih interaktif, menarik dan menyeronokkan di dalam kelas. Diharapkan murid-murid mendapat manfaat daripada program tersebut.


Follow Us

About Us

#SKBB2 ULTRA UNGGUL #SekBAT2U

Our Album