Apr 15, 2026

???? PERHIMPUNAN BULANAN UNIT BERUNIFORM TUSPA ????

???? Tarikh : 13 April 2026
????️ Hari : Isnin
⏰ Masa : 7.35 - 8.10 pagi
???? Tempat : Dataran Perhimpunan SKBB2
????‍???? Sasaran : Semua murid SKBB2

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Perhimpunan Bulanan Unit Beruniform TUSPA yang melibatkan semua murid SKBB2. Program ini bertujuan memupuk semangat disiplin, kerjasama, kepimpinan serta membina jati diri dalam kalangan murid melalui penglibatan aktif dalam unit beruniform.

Sepanjang perhimpunan berlangsung, murid-murid telah menunjukkan komitmen, semangat dan kerjasama yang baik. Aktiviti seperti ini menjadi platform penting dalam membentuk sahsiah terpuji, meningkatkan keyakinan diri serta menyemai nilai tanggungjawab dalam diri setiap murid.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua murid, guru penasihat serta pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan perhimpunan ini. Semoga segala nilai murni dan ilmu yang diperoleh dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.

#SKBB2Cemerlang
#UnitBeruniformTUSPA
#DisiplinTerasKejayaan
#AnakYangBaikLagiCerdik
#SKBB2ULTRAUNGGUL
#SeKBAT2U


Follow Us

About Us

#SKBB2 ULTRA UNGGUL #SekBAT2U

Our Album