Apr 15, 2026

???? KEM KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA 2026 ????

???? Tarikh : 10 - 11 April 2026
????️ Hari : Jumaat - Sabtu
???? Tempat : Kem Modal Insan Parit Penghulu, Sg Rambai
????‍???? Sasaran : Semua pengawas dan pemimpin muda Tahun 4 hingga Tahun 6 SKBB2

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Kem Kepimpinan Pemimpin Muda 2026 yang melibatkan barisan pengawas serta pemimpin muda SKBB2. Program ini diadakan bertujuan untuk membentuk sahsiah, memupuk semangat kerjasama, meningkatkan keyakinan diri serta melahirkan murid yang berdisiplin dan berjiwa pemimpin.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat yang menguji ketahanan mental, fizikal serta kebolehan bekerja dalam pasukan. Pengalaman ini diharap dapat menjadi platform terbaik dalam melahirkan generasi pemimpin muda yang cemerlang, berwibawa dan berdaya saing.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta, guru pengiring serta pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai murni yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian serta di sekolah.

#SKBB2Cemerlang
#KemKepimpinan2026
#PemimpinMudaBerwibawa
#AnakYangBaikLagiCerdik


Follow Us

About Us

#SKBB2 ULTRA UNGGUL #SekBAT2U

Our Album