Mar 30, 2026
✨ PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 11 ✨
PELANCARAN MINGGU SAINS & PENYAMPAIAN HADIAH PPIM
NILAI SIVIK : TANGGUNGJAWAB
???? Tarikh : 30 Mac 2026 (ISNIN)
???? Masa : 7.30 pagi
???? Tempat : Dataran perhimpunan
???? Sasaran : Semua guru & semua murid
Sekitar Perhimpunan Rasmi Minggu ke-11 yang berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna. Majlis turut diserikan dengan Pelancaran Minggu Sains serta Penyampaian Hadiah kepada murid-murid yang berjaya.
Pelancaran Minggu Sains pada kali ini amat menarik perhatian warga sekolah dengan pelbagai aktiviti yang kreatif dan mengujakan seperti demonstrasi buih api, eksperimen “lava coke”, pelepasan rama-rama serta persembahan istimewa murid bertemakan Bumi 360°. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menceriakan suasana, malah berjaya memupuk minat murid terhadap dunia sains.
Nilai sivik yang diketengahkan pada minggu ini ialah Tanggungjawab, di mana semua warga sekolah diingatkan tentang pentingnya memikul amanah dalam setiap aspek kehidupan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru panitia Sains dan murid yg terlibat serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga Minggu Sains tahun ini memberi inspirasi dan pengalaman yang bermakna kepada semua murid. ????
#sekbat2u
#skbb2ultraunggul