PROGRAM KHATAM AL-QURAN RAMADAN 2026 (PART 1)
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Khatam Al-Quran Ramadan 2026 pada ketetapan berikut:
???? Tarikh : 17 Mac 2026 (Jumaat)
???? Masa : 8.30 pagi
???? Tempat : Dewan Kejora
Program ini melibatkan seramai 63 orang murid khatam Al-Quran serta penyertaan daripada guru dan staf sekolah. Majlis ini diadakan sebagai salah satu usaha menyemarakkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan serta memupuk kecintaan terhadap Al-Quran dalam kalangan warga sekolah.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam melahirkan generasi yang celik Al-Quran dan berakhlak mulia.
Tahniah dan syabas kepada semua peserta serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
#SKBB2
#KhatamAlQuran
#Ramadan2026
#SeKBAT2U
#skbb2ultraunggul