Mar 14, 2026
MAJLIS IFTAR: INFAK RAMADAN & INDAHNYA LEBARAN
???? Tarikh: 13 Mac 2026 (Jumaat)
???? Masa: 5.45 petang
???? Tempat: Lobi SKBB2
???? Sasaran:
Kelab Staf & Unit Kebajikan, 31 murid asnaf, 28 anak yatim serta 2 murid yatim asnaf
(Jumlah penerima sumbangan: 61 orang)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana Majlis Iftar: Infak Ramadan & Indahnya Lebaran bagi anak-anak yatim dan asnaf SKBB2 tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya.
Program ini diadakan sebagai tanda keprihatinan warga sekolah dalam membantu serta meraikan anak-anak yatim dan murid asnaf di SKBB2 agar mereka turut merasai kegembiraan menjelang bulan Syawal.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Guru Besar, barisan pentadbir, PIBG serta seluruh warga SKBB2 yang telah menyumbang dan memberikan sokongan dalam menjayakan program ini demi kebajikan anak-anak yatim dan asnaf SKBB2.
Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan majlis ini berjalan dengan lancar.
Semoga segala sumbangan dan usaha yang diberikan mendapat keberkatan daripada Allah SWT serta segala amalan kita diterima oleh-Nya. Amin.
#sekbat2u
#skbb2ultraunggul